Friday 16 November 2012

InVenTOri KerjaYa HollaND


1.REALISTIK- ORANG JENIS PRAKTIKAL
 (KEMAHIRAN PERTUKANGAN DAN MEKANIKAL)    
                             
CIRI-CIRI
Stabil, natural, maskulin, praktikal, tekun, terus terang, berdikari, fizikal, materealistik, jujur, pemalu, akur, tulen, inventif, normal, berpendirian tetap, cermat, keras hati, berulang-ulang, kurang celik akal.

a.   SUKA
Aktiviti mekanikal, kerja luar, atletik (sukan), aktiviti manual, benda konkrit (wang, kuasa dan status), bekerja dengan peralatan, tumbuhan, dan haiwan.
b.  TIDAK SUKA
Aktiviti akademik, aktiviti sosial, pendedahan kendiri, bekerja dengan orang lain.
c.   ORIENTASI
Penglibatan secara lansung dengan aktiviti konkrit, manipulasi objek.
d.  PEKERJAAN
Jenis pembaikan mekanikal, elektrikal, kejuruteraan, mekanik, guru kemahiran hidup, juruteknik, pegawai perikanan, pegawai perhutanan, pegawai mergastua, tukang masak, pereka fesyen, jurufoto, juruukur, penyelam, pemandu, atendan pam minyak, tukang kayu, tukang paip.
e.   BIDANG PENGAJIAN
Kejuruteraan awam, kejuruteran mekanikal, perhutanan, teknologi perubatan, penyediaan makanan, bidang teknik dan vokasional, pertanian dan penternakan.
f.    PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian daripada teknikal dan memanipulasikan benda, mesin, pertanian, dan penternakan.
Ganjaran bernialai seperti wang, kuasa, status, dan sesuatu yang dimiliki.
Menggalakkan individu melihat dunia secara mudah dan tradisional.
2. INVESTIGATIF - ORANG JENIS MENGANALISIS                                                               (SAINTIFIK  DAN   TEKNIKAL)
CIRI-CIRI
Analitik, intelektual, teliti, ingin tahu, bebas, asli, rasional, pasif, pendiam, kritikal, tepat, pesemistik, berdikari, berhati-hati, cekal, introvert, introspektif, sistematik, radikal, tidak popular.

a.      SUKA
Aktiviti abstrak dan simbolik, sains dan matematik, pengamatan dan penyelidikan, penyelesaian masalah, bekerja sendirian.
b.  TIDAK SUKA
Aktiviti sosial, aktiviti berulang-ulang, peraturan yang rigid, memujuk orang lain, bekerja dengan orang lain, kepimpinan.
c.   ORIENTASI
Penyelidikan dan penyelesaian masalah.
d.  PEKERJAAN
Saintis, pakar bedah, penyelidik, psikiatri, ahli kaji cuaca, ahli kaji bumi, ahli kaji bintang, optometris, ahli ekonomi, ahli patologi, jurutera elektrik, pembantu makmal, juruteknik perubatan, penulis rencana, penyunting, ahli antropologi, pengaturcara komputer.
e.   BIDANG PENGAJIAN
Perubatan, Sains dan Matematik, ekonomi, geologi, sains industri, sains komputer, psikologi, kejuruteraan kimia, kejuruteraan sumber asli, kejuruteraan sains Geoinformasi.
f.    PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian saintifik, pemerhatian dan penyiasatan fenomena secara sistematik, ganjaran bernilai saintifik.
Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, abstrak, bebas dan semulajadi.


 3. ARTISTIK - ORANG JENIS BERKARYA
 (SENI, MUZIK DAN PENULISAN)

CIRI-CIRI

Sensitif, berimaginasi, banyak idea, bebas, lembut, emosi, introspektif, fleksibel, tergesa-gesa, tidak bersistem, berpendirian, kurang bersosial, mudah meluahkan perasaan, suka bersendirian, ekspresif, intuitif, terbuka, idealistik, tidak praktikal.
a.      SUKA
Kreativiti, idea, situasi, tidak berstruktur, cenderung aktiviti kesusasteraan, bahasa, muzik, drama, seni lukis, puisi, vokalis, penulisan berkarya, isu kemanusiaan, kerja bersendirian.
b.     TIDAK SUKA
Kerja-kerja fizikal, situasi berstruktur, kerja perkeranian, perniagaan dan sistem pengurusan dan ppentadbiran, manipulasi data.
c.      ORIENTASI
Berkarya, mencipta idea.
d.     PEKERJAAN
Guru bahasa dan sastera, seniman, ahli muzik, pereka fesyen, komposer, penulis skrip, kartunis, pereka grafik, arkitek, pereka tari, pengarah drama/ teater, ppenyair, penyunting filem, juru solek, pelukis, wartawan.
e.      BIDANG PENGAJIAN
Kesenian (seni lukis dan seni reka), kesusasteraan dan budaya, muzik, alam bina, pengajian bahasa, seni bina perancangan, falsafah.
f.       PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian dalam seni dan situasi kabur, kerja bebas dan tidak bersistematik. Ganjaran bernilai seni. Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, tidak konvensional dan fleksibel.

 4. SOSIAL - ORANG JENIS SOSIAL
 (PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN) 

CIRI-CIRI

Kerjasama, menolong, rasional, bijaksana, ambil berat, memujuk, prihatin, bertanggunhjawab, peramah, penyabar, baik hati, idealistik, riang, ekstrovert, agresif, memahami orang lain, mudah berinteraksi, suka bergaul, pemurah, kewanitaan.
a.      SUKA
Perhatian, berurusan dengan orang lain, bersosial, menolong, kerja-kerja amal dan kemasyarakatan, perbincangan, pendidikan, menghadiri majlis sosial, aktiviti kebajikan, menunjuk ajar, memikirkan masalah masyarakat.
b.     TIDAK SUKA
Kerja-kerja fizikal, aktiviti luar, kerja dengan peralatan, kerja-kerja terlalu berstruktur, bidang mekanikal dan saintifik.
c.      ORIENTASI
Kebajikan, kemasyarakatan dan pendidikan.
d.     PEKERJAAN
Pensyarah, guru, ustaz, ahli politik, jururawat, kaunselor, pegawai kastam, pegawai kebajikan, juruacara, pramugari, ahli psikologi klinikal, diplomat, ahli sosiologi
e.      BIDANG PENGAJIAN
Sosial, pentadbiran, pendidikan, sejarah sains, kemasyarakatan, pengajian agama, sains politik, pembangunan sumber manusia, ekologi manusia.
f.       PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan interpersonal, minat dalam memberitahu, melatih, mengubati, menyedarkan orang lain. Ganjaran bernilai sosial dan kemasyarakatan. Menggalakkan individu melihat dunia dan dengan cara yang fleksibel.

5. ENTERPRISING - ORANG JENIS USAHAWAN
(PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN)

 CIRI-CIRI
Agresif, memujuk, sergas, cita-cita tinggi, ekstrovert, berlagak, bebas, bersungguh-sungguh, suka berbahas, optimistik, yakin, mempengaruhi, menggoda, petah, manipulasi, dominan, kemahiran interpersonal yang baik, kebolehan memimpin, menonjolkan diri, regular, pentingkan diri, maskulin, bermotivasi.
a.      SUKA
Kuasa, status, mentadbir dan kepimpinan, keuntungan, ekonomi, regular, keseronokan, suka mengambara, bersosial, suka cabaran.
b.     TIDAK SUKA
Aktiviti sistematik, kemahiran saintifik dan teknikal, intelektual, isu-isu abstrak dan simbolik, kerja yang ditentukan dan diawasi.
c.      ORIENTASI
Manipulasi keuntungan dan mempengaruhi orang lain.
d.     PEKERJAAN
Pegawai pemasaran, perunding, pengurus, peguam, hakim, pegawai insurans, ahli politik, penerbit, pengarah muzium, pegawai penilai, usahawan, pengurus syarikat, pekerja perhotelan, jurujual pasaran saham, spekulator, pengurus personal.
e.      BIDANG PENGAJIAN
Pengurusan dan pentadbiran, pemasaran perniagaan, perundangan, perhotelan, penyediaan makanan, sains aktuari, perlancongan, rekreasi, kejuruteraan industri, pengurusan personal.
f.       PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan mempengaruhi dan memimpin. Pencapaian dan manipulasi orang lain untuk matlamat peribadi dan organisasi. Ganjaran bernilai keusahawanan dan matlamat (wang, status dan kuasa). Menggalakkan individu melihat dunia dari segi kuasa, harta, tanggungjawab, mudah dan stereotaip.
                                       6. KONVENSIONAL - ORANG JENIS SISTEMATIK
 ( PERKERJAAN DAN ORGANISASI PEJABAT)

CIRI-CIRI

Jujur, berhemat, kemas, akur, cekap, sopan, teliti, tekun, bersungguh-sungguh, suka mempertahankan diri, pandai sesuaikan diri, tidak suka berimaginasi, mendesak, tegas, praktikal, stereotaip, dominan, disiplin, konservatif, kurang berdikari, terancang, rigid, bergantungan.
a.      SUKA
Arahan, tugas sistematik dan terancang, elak diri daripada masalah, menyusun maklumat, data dan sistem fail. Bekerja dengan data, maklumat dan sistem fail.
b.     TIDAK SUKA
Aktiviti tidak bersistem, arahan kabur, isu-isu imaginatif, situasi yang rumit, kemahiran seni, aktiviti-aktiviti kurang pengstrukturan.
c.      ORIENTASI
Manipulasi data dan sistematik.
d.     PEKERJAAN
Akauntan, operator komputer, kerani pos, pustakawan, peguam kredit, pegawai cukai, kerani kewangan, jurutaip, setiausaha, juruaudit, pegawai statistik, pegawai kawalan mutu, juru trengkas, penilai harta, kerani kaunter, guru perdagangan.
e.      BIDANG PENGAJIAN
Teknologi maklumat, sains komputer, pengurusan dan pentadbiran, sains perpustakaan, sains kesetiausahaan, perakaunan, kewangan pendidikan, perniagaan.
f.       PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan mengikut arahan dan perkeranian, Manipulasi data, rekod atau bahan bertulis. Ganjaran bernilai wang, pergantungan dan akur. Menggalakkan individu melihat dunia dengan cara konvensional, stereotaip, pergantungan dan mudah.

InVenTori BMRM


Alat ukurun BMRM atau borang minat Rothwell Miller ini dibentuk oleh Miller untuk mengkaji minat seseorang individu tentang bidang pekerjaan. Inventori ini terdiri daripada 2 borang yang berlainan iaitu spesifik untuk :


i.  lelaki
ii. wanita. 


Berminat untuk mencuba?? Cuba jawab dan lihat analisis markah anda. Adakah sama dengan bidang kerjaya yang anda pilih sekarang??

INveNtoRI NilaI PekeRjaaN SideK (INPS)


Inventori Nilai Pekerjaan Sidek merupakan inventori yang digunakan untuk mengenal pasti nilai-nilai yang dianggap penting oleh seseorang individu. Inventori ini mempunyai format jawapan skala likert iaitu
i.                   Sangat suka (ss)
ii.                 Suka (s)
iii.              Tidak pasti (tp)
iv.              Tidak suka (ts)
v.                 Sangat tidak suka (sts)
Gerak balas individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian ini dikatakan dapat menerangkan nilai-nilai pekerjaan individu. Jom cuba inventori ini!!

inVenTori VPI


Inventori minat kerjaya VPI dapat mengenalpasti minat individu terhadap sesuatu bidang pekerjaan. Alat ukuran ini terdiri daripada RIASEC iaitu:
i.                    Realistik
ii.                  Investigatif
iii.              Artistik
iv.              Sosial
v.                 Enterpising
vi.               Conventional.
Tambahan lagi, alat ujian VPI ini sesuai digunakan untuk golongan dewasa dalam mengkaji minat mereka dalam sesuatu pekerjaan.

lawAtaN kE raUdhatus Sakinah

Raudhatus Sakinah merupakan salah satu badan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk membantu remaja yang mengalami masalah berkaitan sahsiah. Sooo, masa semester dua dekat UPSI, pelajar B&K UPSI diberi tugasan dalam salah satu subjek kursus untuk membuat lawatan ke salah satu pusat Raudhatus Sakinah di KL. Masa ni, macam-macam perasaan ada. Masa mula-mula kata nak pergi kat tempat ni, macam-macam perasaan ada. Lagi-lagi masa dapat tahu kena buat sesi dengan penghuni-penghuni Raudhatus Sakinah. Memang sangat takut. Kena pergi tempat yang sebelum ni memang tak pernah terlintas nak pergi and then kena buat sesi?????What????Dah la baru sem 2. Memang teori hancuss lebuss dan pengalaman nak handle kes almost 0..apakah??? tapi.... lepas dah pergi dan rasa sendiri pengalaman tu, rasa macam best juga... masa ni la nak kumpul experience.. bila lagi kan???

Honestly, masa da pergi dan rasa sendiri berada kat tempat mereka, my judgement was totally different...sangat beza.. Soooo, dont judge a book by its cover ok???? bukan apa yang kita lihat tu semuanya betul..kita tak boleh menghakimi orang tanpa kita sendiri tahu cerita yang betul-betul tepat lagi jitu..semua yang berlaku pasti ada cerita disebaliknya dan bila kita dengar sendiri cerita mereka, pasti kita sendiri akan terdetik kat hati, hebat mereka ni, mereka tabah dan mereka berpeluang untuk memperbaiki diri dan kita????kita  sendiri masih tak tahu bagaimana perjalanan hidup kita nanti.