Friday, 16 November 2012

lawAtaN kE raUdhatus Sakinah

Raudhatus Sakinah merupakan salah satu badan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk membantu remaja yang mengalami masalah berkaitan sahsiah. Sooo, masa semester dua dekat UPSI, pelajar B&K UPSI diberi tugasan dalam salah satu subjek kursus untuk membuat lawatan ke salah satu pusat Raudhatus Sakinah di KL. Masa ni, macam-macam perasaan ada. Masa mula-mula kata nak pergi kat tempat ni, macam-macam perasaan ada. Lagi-lagi masa dapat tahu kena buat sesi dengan penghuni-penghuni Raudhatus Sakinah. Memang sangat takut. Kena pergi tempat yang sebelum ni memang tak pernah terlintas nak pergi and then kena buat sesi?????What????Dah la baru sem 2. Memang teori hancuss lebuss dan pengalaman nak handle kes almost 0..apakah??? tapi.... lepas dah pergi dan rasa sendiri pengalaman tu, rasa macam best juga... masa ni la nak kumpul experience.. bila lagi kan???

Honestly, masa da pergi dan rasa sendiri berada kat tempat mereka, my judgement was totally different...sangat beza.. Soooo, dont judge a book by its cover ok???? bukan apa yang kita lihat tu semuanya betul..kita tak boleh menghakimi orang tanpa kita sendiri tahu cerita yang betul-betul tepat lagi jitu..semua yang berlaku pasti ada cerita disebaliknya dan bila kita dengar sendiri cerita mereka, pasti kita sendiri akan terdetik kat hati, hebat mereka ni, mereka tabah dan mereka berpeluang untuk memperbaiki diri dan kita????kita  sendiri masih tak tahu bagaimana perjalanan hidup kita nanti. 

No comments:

Post a Comment